Monday, September 2, 2013

BEKAS PENJENAYAH MATI DITEMBAK


BEKAS PENJENAYAH MATI DITEMBAK

Seorang lelaki yang dipercayai pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat di Penjara Simpang Renggam, mati ditembak dari jarak dekat ketika melakukan upacara ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, Gelang Patah di sini semalam.


Ketika kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa K. Jaganathan, 37, yang memiliki lapan rekod jenayah berada dalam kuil berkenaan bersama isteri dan anak mereka sebelum dihampiri seorang lelaki lalu menembaknya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dipercayai dua lelaki bermotosikal terlibat dalam kejadian itu dengan seorang daripadanya memasuki kuil lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...